International webinar on food safety 19.4.2021 join venture UiTM Penang & UPM

19.4.2021


 

Alhamdulillah program International Webinar yang menampilkan panel dari USA Prof Dr Arendt dari Iowa University berjalan lancar sampai ke penghujungnya pada hari ini. 

Sekali lagi saya diberi kepercayaan sebagai THE PRODUCER. 

Tugas ini agak mencabar sebab ini adalah program webinar antarabangsa. Live Streaming di YouTube Channel bukan hanya ditonton oleh warga Malaysia, tetapi ada ramai juga dari kalangan pelajar Dr Arendt sendiri dari USA. 


 

Terima kasih Dr Hidayah selaku pengarah projek dari FPHP yang memberi kepercayaan penuh kepada saya.  Saya terima pelawaan ini sebab ini satu platform untuk saya memperbaiki diri saya. Saya belajar jadi producer secara cuba jaya, saya pasti belajar sesuatu dari setiap kali sessi yang saya kendalikan. Jadi mana mungkin saya menolak. Ini memang peluang terbaik untuk saya belajar. 

Selaku duta Microsoft Education Malaysia, sudah tentu platform utama ialah Microsoft Team Meeting dan OBS.



Pertama kali saya berpeluang bertemu Dr Arendt, dalam hati saya, 'cantiknya', memang cantik sangat orangnya. Seorang profesor dari Iowa University. Bagi saya yang tidak pernah ke luar negara selain Singapura dan Medan, Indonesia, ini adalah satu 'privelege' untuk saya.

 

Poster ni saya buat di OBS. Background tu sebenarnya video background dan di bawah gambar Dr Arendt ialah Countdown yang di set di OBS Software. 




Seriously, cantik juga background blueblack ni. Gambar bintang di langit. Terima kasih kepada Arif yang begitu cekap dengan Canva dan menghasilkan poster ini. Background UiTM Globally Renowned University, hasil idea dan kerja dari Puan Husaina. Tak sangka saya gunakannya pada webinar kali ni. Tak rugi saya simpan, gambar ni dalam OneDrive saya, yang saya dapat dari Puan Husaina, ketua bahagian infostruktur UiTM Penang, hujung tahun lepas. 






Ini gambar yang Arif letak dalam video pengenalan Dr Arendt. Saya mintak Arif jadikan gambar png dan saya masukkan di OBS as backup. Kalau ada kecemasan boleh saya selit masuk. Ada lagi 2 shot dari video yang saya pilih. Memang perlu sebab saya perlu 'hide' setting yang saya buat semasa live. Sempat la saya betulkan setting seminit dua, supaya tidak lah nampak cacatnya di paparan 'attendees'. 




Berjasa laptop Asus geran 2k dari UiTM ni. Kecil-kecil cili padi, tapi boleh tahan spec dia, saya topup dgn loan komputer peribadi untuk bayar laptop ni dengan harga RM4999. Dengan NVDIA GEFORCE, memang sesuai untuk run live streaming. 


Semasa live, setting OBS harus la dalam paparan 'Studio Mode'. Paparan viewers pada sebelah kanan, paparan sebelah kiri untuk paparan selanjutnya dan any changes during live, saya buat dari situ.  






Ada 3 laptop kat sini. Paling kiri, main laptop yang saya guna as the producer. Laptop yang tengah laptop UiTM Dell 15.6 Inch Latitude 3500. Saya guna untuk setting Facebook Live Streaming di FB Media Rasmi UiTM, tapi hanya separuh jalan, sebelum kena block. FB sebulan dua ni asyik block saja. Taktau macam mana FB detect, sebab di YouTube clear. Semuanya sebab lagu background. Dah dapatkan No copyright, tapi ntah macam mana FB detect under copyright BanglaVision. Haha... memang lawak. 




Anyway, di YouTube, berjalan baik sampai selesai. Program hampir 3 jam.  



Yang ni, Dr Hidayah kena sujud syukur. Sebab pengalaman saya run as producer. Kalau bacaan jadi 0 ni maknanya DISCONNECTED dan sign tkar jadi RED. Tapi kali ini, ntah keajaiban mana yang berlaku. Dengan kbps, dia kekal lancar sampai selesai.  



Tapi mungkin juga sebab message di sebelah kiri laptop saya ni. Dia RECONNECTING. Ini yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Biasanya kalau 0 kbps, green tukar merah, terus DISCONNECTED. Alhamdulillah. 


Tengah live masa saya betulkan setting akhir selepas dekan UPM masuk, saya selitkan 'scene ini', semua sebab saya perlu masa seminit dua untuk betulkan setting apabila Dr Arendt 'STOP SHARING', setting asal walaupun dah di 'pinned' tetap lari. Jadi kena betulkan balik. 

 





Inilah dia OBS Studio. Saya dengan OBS sekarang ni dah tak boleh berpisah. Setiap hari ada saja yang saya nak buat dengan OBS. Dah jadi macam ketagih. Selain buat video pengajaran, saya sendiri juga suka buat live di YouTube Channel Dr Sue untuk macam-macam tips OBS dan Microsoft Teams. Kalau YouTube nama penuh saya untuk video-video syarahan dan tempat untuk saya park rehearsal saya macam rehearsal saya untuk program ini semalam dan hampir seharian sebenarnya. 

 






Dan inilah dia, team yang awesome ni. Tak cukup semua ahli, ada yang dah balik lebih awal dan ada yang tak datang sebab job scope bukan berkaitan live streaming ni. 

 



Ni scene paling susah nak buat sbb masa yang sangat singkat. Alhamdulillah sempat. Tapi terpaksa proceed dengan gambar yang 'kecik besaq'. Kalau saya nak perbetul lagi bagi sama, dalam masa tak sampai seminit nak habis event, saya tentu tak dpt masukkan scene ni pada paparan attendees.  



Ni best. Sebab ni 'rare'. Bukan senang, LIVE tapi buat setting dengan effect GREEN SCREEN macam ni. Buat dengan apa? Digital Green screen pada Microsoft Teams. Ya, terbaik sangat Microsoft Teams dan Office 365. Maka, siapa-siapa yang sebenarnya ada akaun tapi dok kata tak berani nak guna sebab susah, saya nak 'habaq' ni, RUGI sangat. Microsoft Teams terbaik dari yang terbaik. 


Oklah jom saksikan lain-lain yang sempat saya screenshot ya.  




Our beloved rector, Prof Salmiah



Dr Hidayah, moderator




Dr Arendt, yang anggun




Dr Syafiqah, the 2nd moderator





Prof Dr Zamberi, the dean from UPM



Akhir sekali, selepas habis event live, kami semua macam biasa akan mengadakan 'photo session'. Ni new norm kan. Mujur ada Togeher Mode Microsoft Teams. Dapat hasilkan effect gambar seolah-olah kami semua berada di ruang yang sama. 


 


Siap ada pelbagai pilihan ya. Cuma saya saja yang hanya klik 2 design ni masa photo session tadi. 



Dan ini large gallery mode. Nampak tak ada yang pakai GREEN background tu. Cuma Dr Hidayah sempat tukar untuk sessi photoshoot ni, walaupun biar saja hijau tu pun ok saja. Rektor pun background lain sebab masa opening rektor pakai laptop pada tempat KPP Dr Hashim tu. 

 





Alhamdulillah, semuanya berjalan baik sampai ke akhirnya. Kecuali slack sikit FB buat hal, dan Audio tak masuk mula-mula sekali event saya dan Arif sudah semak satu-satu sebelum mula live. Rupanya, sebab dah tutup laptop, bila on balik, audio kena REFRESH balik. Saya refresh dengan cara REMOVE AUDIO, dan Add semula Audio. Mujur walaupun ada banyak scene yang ada Audio, tapi sebab pakai Existing Audio, saya hanya perlu set sekali dan dia apply untuk semua scene yang mana ada Audio Output Capture. 

Alhamdulillah, alhamdulilah, alhamdulillah. Boleh lena malam ni. Jom, lepas potong kek birthday ke-42 hari ni dan lepas tadarus malam 8 Ramadhan.  


TQ En Husband belikan Kek Secret Recipi petang tadi.  



 

 



Comments