Webinar ini telah diadakan di platform Facebook page Sehari Satu Tips atas cadangan dari seorang rakan yang tag saya di facebook semasa viral satu post dari seorang pensyarah berkenaan video PdPr ketika negara sedang dalam tempoh PKP pada awal 2021. Disertai oleh rakan-rakan guru dan pensyarah yang join group WhatsApp saya yang rata-ratanya saya sendiri tidak kenal. Semua bermula apabila saya share link group tersebut di facebook post yang sedang viral ketika itu.
Ini kali kedua setelah kali pertama saya adakan secara adhoc dan ramai yang tidak dapat turut serta.
Bukan itu saja alasan kenapa saya buat untuk kali kedua. Ianya kerana webinar ini kali pertama saya buat pada Isnin minggu yang sama menghadapi masalah teknikal di tengah-tengah live sedang berlangsung. Laptop hang dan padam sendiri tengah-tengah live. Huhu...
Oleh kerana saya live menggunakan OBS dan mengajar OBS. Jadi, saya menggunakan 2 OBS serentak.
Boleh ikuti webinar ini di YouTube Channel Dr. Sue seperti link di bawah.
*Run 2 OBS pada masa sama*
OBS pertama: Run live streaming ke FB Group Jom Buat Video Dengan OBS Studio
OBS kedua: Run untuk demo cara design dan record video pengajaran sendiri.
Sambil-sambil tu, MT, OneNote, PowerPoint, Whiteboard tak lupa sebut. Semua tu produk Office 365 yang boleh kita masukkan ke OBS menggunakan Window Capture. Touch up dari OBS untuk dapat effect yang luar biasa.
Yang best pada OBS ni ialah effect GREEN SCREEN.
*Nota kaki pada setiap photo
#OBS
#MicrosoftTeams
#MIEMasterTrainer
#MIEExpert
#ODL
#21stcentury
Poster ni dari Canva. Tp gambar saya, diletak di poster dari OBS. Gambar tu ada background. Saya hilangkan background semudah ABC dgn apps remove.bg dari browser/hp.
Countdown timer haruslah set kalau Webinar kan. Yg ni saya belum share teknik dia. Biasa kalau buat video pengajaran tak letak pun. Live event mmg wajib bg saya.
Yang ni adalah effect green screen. Ada 2 effect green screen dekat sini. Image frame tu di dalamnya adalah green. Background saya pun green. Yg biru dalam Frame tu adalah video air yang bergerak.
Ni saya guna 2 gambar. Satu Frame dgn green screen kat tengah. Background saya taman bunga tu as image yg saya insert guna source-image.
Dalam skrin desktop tu, asal kaler dia green. Gambar bunga as background saya adalah video bunga yang bergerak. Ada 2 kali setting green screen kat sini.
Gambar saya yg depan guna OBS yg pertama. Setting utk live event. Gambar kecik yg atas adalah dari OBS kedua yg dimasukkan ke OBS pertama menggunakan function Source-Window.
2 gambar saya adalah dari different webcam. Masuk ke different OBS, satu dan dua.
Kalau nampak 2 screen macam ni, maknanya kita sedang guna studio mode. Satu untuk preview, satu lagi utk yg live.
Ni saya sedang tunjuk cara setting pada ppt supaya boleh control slide ppt Dari atas screen OBS.
Comments
Post a Comment