INTERNAL VS. EXTERNAL MICROPHONE



Sewaktu mengikuti satu sessi webinar di UiTM pada tahun lepas, ada satu penceramah yang ketika itu membentangkan satu webinar berkaitan bagaimana untuk menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan video pengajaran yang interaktif.

Saya terpegun melihat pensyarah tersebut menggunakan external microphone siap dengan filter seperti di konti radio. Beliau ada memberitahu peranan yang dimainkan oleh external microphone adalah cukup besar.
Katanya, external microphone boleh buat suara kita sedap didengar. Bunyi macam pelik. Tapi selepas itu saya terus cari external microphone dari Lazada.
Rupanya betul. Microphone pertama yang saya beli, tak mahal sgt pun. Harga dalam RM30-40. Bila saya dapat saja microphone tu, saya terus try guna dan compare dengan internal microphone dari laptop.
Ada 2 kelebihan yang dapat saya senaraikan.
  1. Dia akan bertindak sebagai noise gate secara automatic walaupun kita tak buat setting tersebut di OBS. Kalau buat juga di OBS lagi double clean la.
  2. Memang betul part yang pensyarah tadi kata, suara jadi sedap didengar. Bila compare, memang ada beza. Suara dah ditapis jadi lunak merdu sangat.
Jangan terpedaya dengan suara saya di webinar yang dengar mcm lunak merdu je semalam tu. Semua tu palsu belaka. Semuanya adalah bantuan dari external microphone. Hehe....

Boleh cuba kalau tak percaya 
😅😅😅

Comments