OBS selain canggih sebab boleh customize design scene, salah satu yang menarik pada OBS ialah kita boleh set live streaming serentak menggunakan Facebook Live Producer dan Studio YouTube.
Berikut langkah-langkah yang perlu kita ikuti.
Pada CONTROL-SETTING-STREAM, pilih FACEBOOK LIVE dari senarai SERVICE. Walaupun ada YOUTUBE dalam senarai tu, untuk LIVE STREAMING secara serentak, pastikan platform utama ialah FACEBOOK LIVE.
Kita pilih GET STREAM KEY untuk kita dibawa terus ke FACEBOOK LIVE PRODUCER. Atau kita boleh juga buka terlebih dahulu FACEBOOK dan tekan butang LIVE. Sama juga, kita akan dibawa ke FACEBOOK LIVE PRODUCER.
Cuma kalau kita dah familiar, kita tak perlu dah tekan GET STREAM KEY, sebab kita dah tahu kat mana FACEBOOK LIVE PRODUCER.
Ini adalah paparan FACEBOOK LIVE PRODUCER. Kalau nak set Live Event now, kita cukup pilih GO LIVE NOW.
Boleh pilih dekat mana Live kita nanti tu akan appear.
TIMELINE tu maknanya akan LIVE dari FB personal kita.
PAGE YOU MANAGE tu ialah mana-mana Facebook Page yang mana kita adalah admin. Yang ni memang paling best sebab, kita sebenarnya boleh jadi ADMIN lebih daripada satu FB Page. Dan kita boleh live serentak pada semua FB yang kita adalah admin.
GROUP ni kita guna kalau memang kita nak Live secara tertutup.
Jadi boleh la pilih mana-mana ikut dekat mana kita nak live.
Cuma tambahan sedikit pada bahagian PAGE YOU MANAGE.
Tapi sebelum itu, saya nak maklumkan, kita WAJIB masukkan TITLE dan kita juga mesti tulis sesuatu pada ruangan SAY SOMETHING ABOUT THIS LIVE VIDEO. Selalunya, saya akan COPY PASTE tajuk semula kat bahagian situ sebab nak cepat.
Klik pada CROSSPOST TO MORE PAGES. Bila kita klik, akan terpapar semua PAGE yang mana kita adalah ADMIN.
Selesai part pertama, Facebook.
Sekarang kita masuk ke part kedua. Saya akan tunjukkan step by step cara untuk masukkan stream key YouTube ke OBS.
YOUTUBE harus jadi platform yang kedua yang kita akan set pada OBS.
Pada browser, terus ke YOUTUBE STUDIO dengan menggunakan link di bawah.
https://studio.youtube.com/
Kemudian pada butang CREATE, pilih GO LIVE.
Paparan YOUTUBE STUDIO adalah seperti di bawah. Kita boleh pilih sama ada mahu terus live atau kita boleh set SCHEDULE STREAM daripada butang MANAGE.
Yang di highlight kan merah adalah MANAGE button untuk set SCHEDULE STREAM. Yang paling penting di sini ialah STREAM URL dan juga Streamkey. Copy kedua-dua bermula dengan STREAM URL. Kita akan masukkan ke OBS seperti langkah selanjutnya.
Pada OBS, kita perlu pilih OUTPUT dan pada OUTPUT MODE, pastikan yang dipilih ialah ADVANCED, bukan SIMPLE.
Kemudian, pilih RECORDING ya, untuk kita masukkan URL yang kita telah copy tadi di YOUTUBE STUDIO. Pastikan yang berikut:
Type: CUSTOM OUTPUT
FFmpeg: OUTPUT TO URL
File Path or URL: rtmp://a.rtmp.youtube.com/live2/sxxd-2vxx-sxxt-xxra-56ss
Done. Ok now ready untuk GO LIVE.
Apabila kita mula tekan START STREAMING, pada FACEBOOK kita perlu tekan GO LIVE button pada bahagian kiri bawah sekali. Namun pada YOUTUBE, akan terus appear LIVE.
Atau sekiranya kita dah set SCHEDULE STREAM dari awal pada FACEBOOK dan YOUTUBE, kita hanya perlu tekan START STREAMING pada OBS dan akan live tepat pada masa yang telah kita set.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment