AUDIO INPUT CAPTURE vs MICROPHONE/AUDIO pd Setting
Lama juga saya dok cuba faham apa beza 2 audio ni. Sampai pening. Cari kat youtube pun tak jumpa video yang explain pasal ni. Ada video YT yang tunjuk cara masuk audio dari capture, ada yang lain yang tunjuk cara masuk audio dari setting.
Pagi ni tiba-tiba dapat ilham. Jawapan persoalan yang sering bermain di minda selama ini. Alhamdulillah.
Kalau utk live streaming yg kita set byk scene, harus la pakai AUDIO INPUT CAPTURE sebabnya ada scene yg kita tak mau suara masuk. Jd bila kita switch ke screen rehat misalnya, automatic dia tak capture dah suara kita. Tapi kalau kita set dari audio settting, microphone tu akan apply utk semua scene. Jadi kita kena manual klik off pd audio mixer, kalau tak suara kita masuk, walaupun kat skrin kita letak poster dsb.
Banyak scene ni kalau nak buat bagi video kita nampak canggih manggih la. Boleh tukar-tukar scene. Biasanya orang guna ni untuk Live Streaming. Tapi kalau cikgu nak buat video simple yang boleh letak pdf yang conteng-conteng atau slide PPT. Dan memang kita nak bercakap sepanjang recording, tak selit video apa-apa untuk tujuan kita nak rest sebentar, tak perlu pun fikir pasal AUDIO INPUT CAPTURE. Cukup setakat ON je MICROPHONE/AUDIO pada CONTROL-SETTINGS.
Comments
Post a Comment